Sebagai jurufoto perkahwinan Muslim yang sentiasa mengharapkan keberkatan dan rahmat Allah di dalam setiap rezeki kurniaanNya, mulai dari 14 May 2011, HAFiZFiTAL PHOTOGRAPHY tidak akan memberi perkhidmatan terhadap majlis anda sekiranya terdapat perkara-perkara berikut :-
- Pengantin perempuan yang mencukur bulu keningnya (melainkan bagi kes-kes yang diharuskan untuk mencukur/ mancabut)
- Salah satu persalinan atau semua persalinan mendedahkan aurat (termasuk rambut bagi pengantin perempuan).
HAFiZFiTAL PHOTOGRAPHY tidak mempunyai masalah untuk sesi fotografi bagi pasangan yang sedang bertunang (Pre-wedding photoshoot) dengan syarat berikut :-
- Kedua pasangan bersetuju untuk tidak bergambar terlalu dekat (sehingga bersentuhan) seperti pasangan yang sudah berkahwin
- Kedua pasangan bersetuju hanya akan mengenakan pakaian yang menutup aurat (termasuk rambut bagi si gadis).
- Si gadis tidak mencukur bulu keningnya