Saturday, January 28, 2012

Pakej Bajet 2012...Jom belanjakan duit dengan berhemah!

Saturday, December 3, 2011

Khairi & Shafira@Lulu

Assalamualaikum W.B.T,

Dah lama rasanya tak muat naik gambar kat blog ni. Mohon maaf kepada pasangan pengantin yang saya tak sempat nak muat naik gambar-gambar mereka ke FB ataupun di blog ini.

Untuk kali ini saya kongsikan sedikit gambar-gambar dari album perkahwinan Khairi dan Shafira@Lulu. Majlis sebelah perempuan berlangsung di Bt. 16 1/2, Hulu Langat, Selangor.

Kepada pasangan ini, saya doakan semoga kekal bahagia bersama hingga ke akhir hayat dan semoga dikurniakan Allah S.W.T dengan zurian yang soleh dan solehah...amin ya rabbal alamin...

Friday, September 9, 2011

Wednesday, July 20, 2011

Syamsul & Syamimi

HFP sedar HFP lambat sangat memuat naik foto-foto untuk Syamsul dan Syamimi. HFP mohon maaf sangat-sangat. Biasalah, 'part-time photographer' macam HFP ni kuranglah sikit masa yang ada untuk godek-godek gambar pelanggan. InsyaAllah HFP akan pastikan album Syamimi & Syamsul diserahkan sebelum habis puasa ni yer...

Islamic photographer? Personal opinion 1.

Di saat HFP seronok membuat pendapatan sampingan melalui bidang fotografi perkahwinan, HFP ditegur oleh seorang rakan tentang hukum merakam gambar subjek yang tidak menutup aurat, dan hukum menyebarkan pula gambar tersebut sama ada di media cetak dan di laman-laman sosial. Sebagai contoh, hukum mendedahkan aurat itu adalah berdosa dan bila jurufoto merakam gambar tersebut, pastinya jurufoto pun akan dapat saham dosa tersebut. Bayangkan pula bila gambar tadi dimuat naik oleh jurufoto/ subjek ke laman sosial seperti FB dan blog peribadi. Semakin ramai yang melihat gambar subjek,maknanya semakin bertambahlah saham dosa jurufoto....mmm..li pikir la sendiri..

Tuesday, July 19, 2011

Teaser for Fauzi & Dr. Zuria Nisa

Majlis pernikahan untuk kedua mempelai ini telah selamat dilangsungkan di rumah Dr. Zuria Nisa di Seskyen 9 Shah Alam pada 9 Julai 2011. Majlis resepsi sebelah perempuan dijalankan pada keesokan harinya. Manakala majlis resepsi sebelah lelaki dilangsungkan di Melaka pada 16 Julai 2011.